In The Name of ALLAH The Almighty
Assalamualaikum wbt
Harap sihat semua ye.. Setelah saringan pertama ujian University of Tarbiyyah kita lalui, harap semua masih lagi istiqamah dan kuat untuk melepasi saringan kedua. Seperti mana kita tahu, fasa pertama, fasa rahmat telah berlalu, tiba pula fasa kedua, fasa keampunan dan akan menyusul fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Jadi boleh mula congak-congak dan teliti diri apa yang kurang. Lepas tu, koreksi diri untuk jadi lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ni. Dan akhirnya, saya memohon kepada ALLAH supaya kita semua dapat 'graduate' dari universiti ni dengan pangkat 'taqwa'. Amin.
Siapa tahu, ini mungkin Ramadan terakhir bagi kita..
Memang, memang macam berhabuk je blog ni. Tapi takpe, saya tetap akan menulis. Anda peduli atau tidak, anda ingat atau tidak, anda baca atau tidak, saya akan tetap. Tetap menulis. (Tak marah tau ;)
Biar, takpe. Tak kisah pun. Menulis memang hobi.(tak sebenarnya) Yang penting apa yang disampaikan berguna. Menyeru kepada semua, jom menulis.
p/s: Selamat Menempuhi Bulan Ramadan
Tingkatkan ibadah, tinggalkan maksiat.
saye bace .. ! =)
ReplyDelete