Daisypath Friendship tickers

Thursday, October 29, 2009

Let's Get The Party Started This November



Assalamualaikum w.b.t.
Ana dah kasi pengajaran kat korang. Shoutmix telah di'delete'kan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berulang lagi. Tapi memandangkan kita akan buat jamuan kelas pada 4 November nanti, ana dah decide untuk letak balik shoutmix tu kat blog ni dengan syarat tiada sebarang pengkhianatan yang akan dilakukan terhadap sesama saudara. Bukan ke kalau kita mengatakan sesuatu yang tak disukai oleh saudara kita tu diistilahkan sebagai mengumpat jika ianya benar?Dan kita suka ke kalau dapat makan daging saudara kita sendiri? Ni bukan ana kata, tapi ALLAH berfirman dalam Al-Quran. Dan bukan ke kalau benda tu tak betul, ia dikira sebagai fitnah? Dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Ana tak lain hanya memperingatkan diri kita sebagai manusia yang mudah lalai dan leka. Bukan antum je bahkan ana jugak berpesan pada diri ana sendiri. So, ana harap perkara-perkara macam ni takkan berlaku lagi. Lagi satu, kita boleh tanya, siapa orang kat dalam shoutmix tu, tapi kalau orang tu taknak beritahu, terpulanglah, itu hak dia. Copy or not? Dan untuk pengetahuan 'orang yang tak tahu', Teacher Ziela masih mengajar di sekolah kita sehingga 16 November. So, beliau akan bersama kita pada hari jamuan. Dan pada hari Selasa, 3 November, sebahagian pelajar Tingkatan Tiga akan mengikuti lawatan ke Zoo Kemaman di bawah seliaan Cg. Suzaiki. And lastly, ana nak ucap terima kasih buat 'photographer' kita dari kalangan budak-budak lelaki dan Insya-ALLAH pics tu akan ditayangkan pada hari jamuan. Terima kasih jugak buat mereka yang sudi hadir pada perbincangan terakhir hari Rabu baru-baru ini. DAN PERHATIAN BUAT PELAJAR YANG BELUM MENJELASKAN HUTANG, ANDA DIJEMPUT HADIR KE JAMUAN DENGAN SEIKHLAS HATINYA KERANA KITA TELAH MEMPUNYAI BAJET YANG CUKUP UNTUK ANDA. SEMUA PELAJAR TINGKATAN TIGA ALBUKHARI DIWAJIBKAN HADIR KE JAMUAN TERSEBUT..

Jazakumullahu Khairan Kasira.

No comments:

Post a Comment