Daisypath Friendship tickers

Friday, October 16, 2009

Perjuangan Belum Berakhir





Assalamualaikum w.b.t.

Salam kebebasan daripada belenggu exam yang men'tension'kan akal fikiran. So, ana pasti majoriti pelajar tingkatan tiga di mana-mana sahaja di Malaysia bumi bertuah ni sedang merayakan kebebasan selepas seminggu bergelut dengan penyakit 'angau peperiksaan'. Ana tak nafikan ana juga salah seorang daripada golongan yang bertuah ni. Memang blog ni dah lama tak di'update'kan memandangkan author kita sibuk dengan mengulangkaji pelajaran(biar dok pon). Ada begitu banyak cerita yang nak dikongsi bersama, tapi terlebih dahulu sementara bulan Syawal masih belum berakhir, ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf atas segala salah dan silap selama ini.



Yang sebelah ni gambar-gambar yang diambil semasa musim peperiksaan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tiada seorang pun calon kelas kita yang gagal menghadiri peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. InsyaALLAH, kita akan berjaya mengharumkan nama sekolah dalam PMR tahun ini.










Pada tanggal 13 Oktober 2009, telah diadakan jamuan makan malam di Hostel BudakSekolah. Bukan makan apa, makan Maggi je. Punyalah 'happening', memang rugi kalau tak 'join'. Tapi takdelah sampai lagho. Sekadar makan-makan, borak-borak, gitu-gitu jer.






Sekitar 'Pesta Maggi"


Then, ana nak ambik kesempatan untuk mengucapkan bebanyak terima kasih kat Teacher Ziela yang menjadi guru ganti Science kami menggantikan Teacher Shaliza yang bersalin 2 months ago. Terima kasih coz sudi ajar kitorang dengan hati yang terbuka. Almaklumlah, kelas kita ni kan ramai yang lemah Science. Terima kasih, cikgu. Tahniah jugak buat form teacher kita coz dapat twins. Baby girls. Semoga menjadi puteri-puteri yang solehah. Amin.


Teacher Ziela


Lastly, sememangnya perjuangan kita masih belum berakhir. Kenapa? First, kita belum tahu nasib kita macam mane. Result kita gempak ke tidak. Oleh itu, kita harus memperbanyak doa dan solat hajat. Moga-moga ALLAH perkenankan doa kita. Second, lepas Form 3, kita akan naik Form 4. Masa tu, cabaran dan tanggungjawab kita lebih besar dan berat. Ana pun mungkin takkan berada di sekolah ni lagi. Atau mungkin ana akan ke kelas lain. Rakan-rakan lain juga begitu.

Jazakumullahu khairan kasira.

No comments:

Post a Comment