Daisypath Friendship tickers

Friday, August 21, 2009

Ramadan Datang Lagi..

Darihal Puasa, Iman dan Taqwa
www.iluvislam.com
karangan asal oleh: Arifin Mahmud
Editor: deynarashid

Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah
Ali Imran ayat 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja
ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an,
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat
meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Beriman atau bertaqwa?


Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana,
orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan caramenyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan
menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka
nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya,
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah
insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan
bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum,
amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu
menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah

Wednesday, August 19, 2009

Kumengharapkan Ramadan Kali Ini Penuh Makna..


Kasihku Pada Ramadhan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : l e a n i
editor : IskethaykaL

@}---~---{@


Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa

Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu

Ramadhan
syahrul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir

Ramadhan
syahrul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim

Ramadhan
syahrul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung

Ramadhan
syahrul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya

Ramadhan
syahrul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku

Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku

Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku

YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

pa & ma 3 Bukhari...



alLoP......


eh eh...lupe nk wie salam....


ASSALAMUALAIKUM sume...




tanpa memanjangkan kalam,tanpa melenguhkan we'all menaip keyboard,we'all terus masuk point yang ingin we`all postkan....




ok..hari nie,kami ingin mendedahkan 2 orang yang merupakan orang kuat kelas kami 3 bukahari yg sangat kami cintai....iaitu......jeng...jeng...jeng....

haaaa......
nie la org kuat kelas kami....
Mustafa Sabri B Abdul Ghani selaku rois dan Mariamas Bt Zakaria selaku roisah..so,kami pggl diorang 'PA & MA'...kalu biasa-biasa kami sekelas pggl TOPA dan MEMAH je...nama 'PA & MA' nie budak-budak perempuan yang ilhamkan..tapi,Mustafa nie banyak nama orang pddl die,TOPA laSTOPA la,GESTOPA pon ada...tahu ape itu GESTOPA...?sebenarnya nama tue dipetik dalam buku sejarah fom3...GESTAPO...nie keje BUDAK 3 ORANG tue la nie...huhuhu....saper erk...?teke lar....
tapi,korang yang bace posting nie jgn salah anggap k..?
Mustafa dan Mas nie x de pape affair pon..takot-takot korang yang bace nie fikir something negative je...
p/s:
1)to Mustafa dan Mas...jangan marah erk...kami juz nak tonjolkan Rois dan Roisah je...
2)sory kpd sesaper yang bace posting nie kalau x paham...kmi ad gune bhsa standart,
bhase ganu,bhase omputih,bhase arab dan jge bhase jepun....sorie erk...
k r...
arigato gozaimasu bce posting kami....
peace~~
ASSALAMUALAIKUM~~^_^

Tuesday, August 18, 2009

3 Al Bukhari


Assalamualaikum w.b.t.
Saya selaku wakil pihak penerbit blog ini ingin mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kami menerbitkan blog ini sebagai tanda ingatan buat pelajar-pelajar yang pernah bermastautin di kelas 3 Bukhari mahupun 1 atau 2 Amanah.. Ukhwah yang pernah terjalin akan tetap bersemi dalah hati masing-masing insyaALLAH.
Jadi saya bawakan post yang pertama ini sebagai tanda terima kasih buat sesiapa yang menyokong penuh penerbitan blog ini. Kami akan terus mempertingkatkan kualiti blog ini..
Kali ini saya sertakan gambar ketua kelas 3 Bukhari, saya mempersembahkan, Mustafa Sabri!

Wassalam..
Pihak Penerbitan albukharidg.blogspot.com.

Ramadan...Trial Exam!

Trial exam dah dekat! Walaupun kita bercuti, kita harus tetap study.. Betul tak? Lebih-lebih lagi bila dah masuk bulan Ramadan ni. Seharusnya kita sentiasa istiqamah study coz bulan pose ni kita tak buat ape pun sebenarnya. Kita nafikan pandangan Cikgu Kamrul yang bila bulan pose ni, orang Melayu selalu low battery. So, apa lagi? Kita charge battery kita penuh-penuh untuk menghadapi bulan pose ni. Tapi jangan sampai overcharged! Kalau overcharged buat amalan takpe, jangan overcharge radok makanan. Hahaha...

Dan untuk peringatan, kitorang dah sediakan countdown PMR kat tepi tue. Jadikan sebagai peringatan untuk kita supaya sentiasa study tanpa mengira masa atau lebih tepatnya bulan pose sekalipun. InsyaALLAH dalam post yang seterusnya kitorang akan letak artikel pasal bulan Ramadan ni. Untuk sebarang komen atau cadangan tentang blog ni, sila post kan shoutbox tu. Kami akan menerima segala kritikan dan cadangan seadanya serta melakukan sesuatu bagi meningkat kan lagi kualiti blog ni. Macam yang cakap tadi lah. Kalau korang nak tahu, blog ini dicipta pada tanggal 18 ogos 2009. Ingat tue! Sebarang kritikan kalau nak kritik, kritik dalam ni je tau. Jangan kritik face 2 face. Takut tersinggung. Wokeh?
Jadi di kesempatan ini, kitorang nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjawab soalan trial nanti. Do the best, beat the rest!