Daisypath Friendship tickers

Saturday, March 13, 2010

Warkah Dari Bumi Waqafan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.

Kaifa Haalukum jamii'an?
Kaifa Haalu Imaanukum?

Wallahi, Inni asyuqqukum jiddan..

Terpisahnya jasad kita tak bermakna hati tak ingat.. Anadan sahabat di KISAS SBT sentiasa mengingati kenangan kita di SMKADG. Mula hidup baru di KISAS ni taklah semudah yang disangka. Walaupun kami berempat, agak susah kerana masing-masing terpisah. Mula mengenal tarbiyyah yang begitu indah memberi kesabaran buat ana dan sahabat untuk terus di sini. Sahabat-sahabat sekalian, sukalah ana memberitahu bahawa ana dan sahabat amat merindui SMKADG dan ana begitu berbangga dan bersyukur kerana ana diberi tarbiyyah awal di SMKADG. Nyatalah, SMKADG HEBAT, mampu mentarbiyyah ana dan sahabat-sahabat di sini. Tanpa tarbiyah SMKADG, mungkin kami agak susah untuk menerima tarbiyah di KISAS ini. Dengan tarbiyah SMKADG, kami mampu untuk menerima tarbiyah KISAS dengan hati yang terbuka.

Sahabat-sahabat,

Jangan pernah kata kami lupakan kalian, jangan pernah nilai kami dengan pandangan yang tinggi hanya kerana kami bergelar pelajar KISAS SBT. Kami agak kecewa sekiranya ada yang memandang kami sebegitu. Kita semua adalah anak-anak Adam dan Hawa. Kita semua adalah ditarbiyah dengan tarbiyah yang sama di SMKADG. Izinkan kami mencari mutiara-mutiara di sini untuk kami persembahkan buat ibu bapa kami, ingin kami kongsi mutiara itu bersamamu sahabat, ingin juga kami persembahkan kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih kami.

Sahabat-sahabat,

Takdir telah menempatkan kami di sini, mengekalkan sahabat di sana, semua itu ada hikmahnya. Jangan pernah kurang rasa cinta fillah di hati. Kerana semakin kita jauh, semakin mendalam cinta dan rindu kami buat sahabat-sahabat. Ana mencoret warkah ini dengan seribu satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata. Redhailah kami pergi mencari redha Ilahi di bumi Waqafan ini. Salam sayang dan terima kasih buat guru-guru tercinta di SMKADG.

Jazakumullahu Khairan Kasira.