Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 6, 2014

hum.

assalamualaium wbt.
dengan nama Allah tuhan saya.anda dan kita semua.

daku kira sudah lama blog ini tidak di update.
sunyi sepi tanpa peng-update juga pembaca update.
makanya sahabat sekalian.
daku.
will take a blame on this matter.
memandangkan daku salah seorang peng-update blog ini.
...maaf...

anda semua.
apa khabarkah anda?
mohon sihat dan hebakk di sana.


anda semua.
walau jauh di mata.
insha allah dihati sentiasa.
ukhwah kita bukan biasa-biasa.
hingga jannah janji setia.

anda semua.
daku mohon bersahabat tanpa khianat.
kita muslimin dan juga muslimat.
ada batasan harus disekat.
semoga bersahabat dalam berkat.

p/s: wahaha. sorry for posting this 'sengal' post.

until we meet again in 10 years.

curious giloss what`ll gonna be happen then. hakhak.

_wan_

Wednesday, October 9, 2013

Study, study, belajar

Oleh sebab seorang sahabat ni membangkitkan isu blog dengan saya, saya rasa terpanggil nak update blog ni. Buka dashboard, 'last published on Oct 24, 2012'

Hari ni 9 Oktober 2013. Hampir setahun, setahun tak buka blogger ni. Ketinggalan zaman dah kita. Blogger pun ada muka baru dah. Semua dah habis asasi/foundation. Ada yang fly dah. Yang STPM tu habis tahun ni insya ALLAH. Tinggal saya je tunggu lagi setahun untuk menamatkan pengajian ni. tak jadi budak universiti lagi. ^^

'Hidup ini memang penat'

Kalau tak penat, bukan hidup namanya. Ni tak ingat kata-kata siapa. Tapi ada seorang akak tu suka motivate orang dengan ayat ni. Teringat satu lagi, kata-kata Imam Syafie. Apabila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Tajdid niat, kita belajar kerana apa? Matlamat akhir kita ke mana? InsyaALLAH, may ALLAH ease. Jalan untuk orang beriman takkan pernah selesa. Jadi, untuk mencapainya, kita kena bersedia, fizikal dan mental. Insya ALLAH kita semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Amin.



Nak cerita pasal hidup kat pusat persediaan ni. Briefly. Sangat hectic. Sekarang tengah sibuk nak apply universiti and final exam untuk semester 3 ni. Lepas tu kena ambil 2 external exam tahun ni. Tahun depan yang real punya external exam. Doakan saya berjaya mencapai requirements yang ditetapkan. =)



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Wednesday, October 24, 2012

Jom, Upgrade!

Bismillah

Semoga setiap dari kita akan mendapat manfaat..

Jom Kita Upgrade!
Menurut seorang pendidik  di sini, beliau pernah mengemukakan teori 'upgrade'.
Anda mahu tahu? Bagus. Mari kita bedah teori tersebut.


Menurut beliau, sebagai manusia, fitrahnya adalah igin mengembangkan apa jua kepunyaannya. Sebagai contoh, kita ada handphone, tapi kita mesti nak upgrade. Tukar kepada yang 3G lah, 4G lah, yang terkini smartphone. Semua orang nak upgrade peralatan komunikasi ini daripada dumbphone kepada smartphone. Kalau ada kereta, mesti orang nak upgrade kepada yang lebih besar, yang lebih selesa. Kalau rumah pula, mesti nak upgrade, tambah sana sini, luaskan dapur, takpun beli baru terus. Nampak tak betapanya kita nak upgrade sesuatu benda tu.

Teori beliau, kalau manusia nak upgrade harta benda masing-masing, kenapa tak manusia, especially umat Islam, upgrade kita punya iman. Upgrade kita punya ibadah. Saya sangat bersetuju dengan teori tersebut kerana terkena kat batang hidung saya sendiri. Setelah dibuat penilaian dan kunci kira-kira serta penyata untung rugi, saya mendapati teori ini sangat tepat. Yes, why not we uprade our solah, our imaan, our akhlaq, etcetera.

Kalau dulu kita solat fardhu semata-mata, kenapa tidak kita mula tambah solat-solat sunat. Slowly, slowly, until you get on the track. If you change drastically, you won't be able to achieve your goal. And yes, istiqamah. That's the hardest part. Kalau dulu kita hanya baca Quran semata-mata baca, kenapa tidak sekarang kita mula mentadabbur Quran. It's a wonderful thing to do, I believe. So people, let's do something beneficial to us and others around us. It's not wasting your time to do the da'wah job as it is the thing that our Rasul(pbuh) did. May ALLAH replaces your time with a more beneficial time. May your study going smoothly, mates. So, take your time, digest my words, and spread it to others.

The ultimate winners are who bring together their beloved people towards success, InsyaALLAH.

p/s: Re-u in the end of the year?

Spreaded through : 3 Al-Bukhari

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA

Tuesday, July 31, 2012

Ramadan, Jangan Biarkan

In The Name of ALLAH The Almighty

Assalamualaikum wbt

Harap sihat semua ye.. Setelah saringan pertama ujian University of Tarbiyyah kita lalui, harap semua masih lagi istiqamah dan kuat untuk melepasi saringan kedua. Seperti mana kita tahu, fasa pertama, fasa rahmat telah berlalu, tiba pula fasa kedua, fasa keampunan dan akan menyusul fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Jadi boleh mula congak-congak dan teliti diri apa yang kurang. Lepas tu, koreksi diri untuk jadi lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ni. Dan akhirnya, saya memohon kepada ALLAH supaya kita semua dapat 'graduate' dari universiti ni dengan pangkat 'taqwa'. Amin.

Siapa tahu, ini mungkin Ramadan terakhir bagi kita..

Memang, memang macam berhabuk je blog ni. Tapi takpe, saya tetap akan menulis. Anda peduli atau tidak, anda ingat atau tidak, anda baca atau tidak, saya akan tetap. Tetap menulis. (Tak marah tau ;)

Biar, takpe. Tak kisah pun. Menulis memang hobi.(tak sebenarnya) Yang penting apa yang disampaikan berguna. Menyeru kepada semua, jom menulis.

p/s: Selamat Menempuhi Bulan Ramadan
      Tingkatkan ibadah, tinggalkan maksiat.

Friday, July 13, 2012

Bumi Allah Yang Luas

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of God(Allah) The Most Gracious and Powerful

Telah bertebaranlah kita semua sebagai khalifah Tuhan di muka bumi Allah yang luas ni. Ketahuilah kita semua adalah daie dalam menyampaikan risalah perjuangan Rasulullah SAW. Maka dengan itu, sahabat-sahabat fillah, jom kita muhasabah dan koreksi diri ke arah kebaikan. Semua dah besar kan? Selamat menempuhi alam remaja yang paling mencabar di mana dah tak ada cikgu untuk tunjuk ajar kita, dah tak ada peraturan yang mendisiplinkan kita dan sebagainya. Nak ingatkan hadis Nabi SAW yang mana maksudnya, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat,". Pendek tapi cukup bermakna.

Habis bab s.k.e.m.a
(hidup biar skema ikut kehendak Tuhan, tak gitu?)

Geng! Woot! Woot!
Best dok tempat baru? Bakpe macam senyap sunyi je. Paham, sibuk study belake. Bagus. Jumpe kawan baru tu jangan lupa kat kawan lame. Maybe kalau takdop kawan lama ni, kita pun takleh jumpe kawan baru, ye dop? Ye arh dop?

However, cherish the moments that we are together with anybody now, and never forget the moments that we cherished.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA

p/s : sila tinggalkan maklumat terkini masing-masing di sini
format : nama, tempat belajar sekarang, jurusan nape
okeh!