Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 9, 2013

Study, study, belajar

Oleh sebab seorang sahabat ni membangkitkan isu blog dengan saya, saya rasa terpanggil nak update blog ni. Buka dashboard, 'last published on Oct 24, 2012'

Hari ni 9 Oktober 2013. Hampir setahun, setahun tak buka blogger ni. Ketinggalan zaman dah kita. Blogger pun ada muka baru dah. Semua dah habis asasi/foundation. Ada yang fly dah. Yang STPM tu habis tahun ni insya ALLAH. Tinggal saya je tunggu lagi setahun untuk menamatkan pengajian ni. tak jadi budak universiti lagi. ^^

'Hidup ini memang penat'

Kalau tak penat, bukan hidup namanya. Ni tak ingat kata-kata siapa. Tapi ada seorang akak tu suka motivate orang dengan ayat ni. Teringat satu lagi, kata-kata Imam Syafie. Apabila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Tajdid niat, kita belajar kerana apa? Matlamat akhir kita ke mana? InsyaALLAH, may ALLAH ease. Jalan untuk orang beriman takkan pernah selesa. Jadi, untuk mencapainya, kita kena bersedia, fizikal dan mental. Insya ALLAH kita semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Amin.



Nak cerita pasal hidup kat pusat persediaan ni. Briefly. Sangat hectic. Sekarang tengah sibuk nak apply universiti and final exam untuk semester 3 ni. Lepas tu kena ambil 2 external exam tahun ni. Tahun depan yang real punya external exam. Doakan saya berjaya mencapai requirements yang ditetapkan. =)



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Post a Comment