Daisypath Friendship tickers

Tuesday, July 31, 2012

Ramadan, Jangan Biarkan

In The Name of ALLAH The Almighty

Assalamualaikum wbt

Harap sihat semua ye.. Setelah saringan pertama ujian University of Tarbiyyah kita lalui, harap semua masih lagi istiqamah dan kuat untuk melepasi saringan kedua. Seperti mana kita tahu, fasa pertama, fasa rahmat telah berlalu, tiba pula fasa kedua, fasa keampunan dan akan menyusul fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Jadi boleh mula congak-congak dan teliti diri apa yang kurang. Lepas tu, koreksi diri untuk jadi lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ni. Dan akhirnya, saya memohon kepada ALLAH supaya kita semua dapat 'graduate' dari universiti ni dengan pangkat 'taqwa'. Amin.

Siapa tahu, ini mungkin Ramadan terakhir bagi kita..

Memang, memang macam berhabuk je blog ni. Tapi takpe, saya tetap akan menulis. Anda peduli atau tidak, anda ingat atau tidak, anda baca atau tidak, saya akan tetap. Tetap menulis. (Tak marah tau ;)

Biar, takpe. Tak kisah pun. Menulis memang hobi.(tak sebenarnya) Yang penting apa yang disampaikan berguna. Menyeru kepada semua, jom menulis.

p/s: Selamat Menempuhi Bulan Ramadan
      Tingkatkan ibadah, tinggalkan maksiat.

Friday, July 13, 2012

Bumi Allah Yang Luas

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of God(Allah) The Most Gracious and Powerful

Telah bertebaranlah kita semua sebagai khalifah Tuhan di muka bumi Allah yang luas ni. Ketahuilah kita semua adalah daie dalam menyampaikan risalah perjuangan Rasulullah SAW. Maka dengan itu, sahabat-sahabat fillah, jom kita muhasabah dan koreksi diri ke arah kebaikan. Semua dah besar kan? Selamat menempuhi alam remaja yang paling mencabar di mana dah tak ada cikgu untuk tunjuk ajar kita, dah tak ada peraturan yang mendisiplinkan kita dan sebagainya. Nak ingatkan hadis Nabi SAW yang mana maksudnya, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat,". Pendek tapi cukup bermakna.

Habis bab s.k.e.m.a
(hidup biar skema ikut kehendak Tuhan, tak gitu?)

Geng! Woot! Woot!
Best dok tempat baru? Bakpe macam senyap sunyi je. Paham, sibuk study belake. Bagus. Jumpe kawan baru tu jangan lupa kat kawan lame. Maybe kalau takdop kawan lama ni, kita pun takleh jumpe kawan baru, ye dop? Ye arh dop?

However, cherish the moments that we are together with anybody now, and never forget the moments that we cherished.

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA

p/s : sila tinggalkan maklumat terkini masing-masing di sini
format : nama, tempat belajar sekarang, jurusan nape
okeh!