Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Study, study, belajar

Oleh sebab seorang sahabat ni membangkitkan isu blog dengan saya, saya rasa terpanggil nak update blog ni. Buka dashboard, 'last published on Oct 24, 2012'

Hari ni 9 Oktober 2013. Hampir setahun, setahun tak buka blogger ni. Ketinggalan zaman dah kita. Blogger pun ada muka baru dah. Semua dah habis asasi/foundation. Ada yang fly dah. Yang STPM tu habis tahun ni insya ALLAH. Tinggal saya je tunggu lagi setahun untuk menamatkan pengajian ni. tak jadi budak universiti lagi. ^^

'Hidup ini memang penat'

Kalau tak penat, bukan hidup namanya. Ni tak ingat kata-kata siapa. Tapi ada seorang akak tu suka motivate orang dengan ayat ni. Teringat satu lagi, kata-kata Imam Syafie. Apabila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Tajdid niat, kita belajar kerana apa? Matlamat akhir kita ke mana? InsyaALLAH, may ALLAH ease. Jalan untuk orang beriman takkan pernah selesa. Jadi, untuk mencapainya, kita kena bersedia, fizikal dan mental. Insya ALLAH kita semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Amin.



Nak cerita pasal hidup kat pusat persediaan ni. Briefly. Sangat hectic. Sekarang tengah sibuk nak apply universiti and final exam untuk semester 3 ni. Lepas tu kena ambil 2 external exam tahun ni. Tahun depan yang real punya external exam. Doakan saya berjaya mencapai requirements yang ditetapkan. =)



JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Tuesday, July 31, 2012

Ramadan, Jangan Biarkan

In The Name of ALLAH The Almighty

Assalamualaikum wbt

Harap sihat semua ye.. Setelah saringan pertama ujian University of Tarbiyyah kita lalui, harap semua masih lagi istiqamah dan kuat untuk melepasi saringan kedua. Seperti mana kita tahu, fasa pertama, fasa rahmat telah berlalu, tiba pula fasa kedua, fasa keampunan dan akan menyusul fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka. Jadi boleh mula congak-congak dan teliti diri apa yang kurang. Lepas tu, koreksi diri untuk jadi lebih baik. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ni. Dan akhirnya, saya memohon kepada ALLAH supaya kita semua dapat 'graduate' dari universiti ni dengan pangkat 'taqwa'. Amin.

Siapa tahu, ini mungkin Ramadan terakhir bagi kita..

Memang, memang macam berhabuk je blog ni. Tapi takpe, saya tetap akan menulis. Anda peduli atau tidak, anda ingat atau tidak, anda baca atau tidak, saya akan tetap. Tetap menulis. (Tak marah tau ;)

Biar, takpe. Tak kisah pun. Menulis memang hobi.(tak sebenarnya) Yang penting apa yang disampaikan berguna. Menyeru kepada semua, jom menulis.

p/s: Selamat Menempuhi Bulan Ramadan
      Tingkatkan ibadah, tinggalkan maksiat.

Wednesday, June 1, 2011

Moments

Assalamu'Alaikum..


Congratz to our new author ; AMIRUL NABILA!!!  Thanks ya buddy.. You made it nicely. Jadinya sahabat-sahabat harapnya dapatlah ambil ihtimam.. Ha?? I mean, take care of this blog..


HOW???


Dengan selalu ziarah. And feel free to drop you comments. Tidakkah anda semua sayangkan blog kita yang satu itu(suppose to be 'ini')? Ngee~~

For me, this blog has lots of memories. Press the button 'Like' if you agree!(tu pun kalau ada button tu)
Memories of our lower secondary school. Memories of being immature.(maybe some have)

Our moments...




p/s : sorry mas, gambo mu terbalik.. tak ingat nak adjust..

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA
'A man who decided to change at the 12th hour die at the 11th hour'

Thursday, November 25, 2010

REUNION??

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang tengah kecoh-kecoh pasal nak wat re-u. Adoyai.. Macam-macam hal, tak boleh nak bincang. Ye la, masing-masing da terpisah kan. Kalau kat fb tue, hari2 ade je topik sama; RE-U. Tp knp sampai skang x abes bincang lagi? Sebabnye ade je hal2 yang x kait tu menyibuk. Copy? Sekali lagi tawaran dibuka kpd sesape yg nk jd author blog ni, sila email kpd albukharimumtaziin@yahoo.com Terima Kasih.

Jazakumullahu Khairan Kasira

Friday, September 17, 2010

Keep In Touch

Assalamualaikum w.b.t.

في امان الله

Lepas ni boleh terus keep in touch walaupun dah pindah sekolah. Apatah lagi yang masih stay. Kepada sesiapa yang nak jadi admin, boleh email ke albukharimumtaziin@yahoo.com = e-mail rasmi kita.. kami akan reply secepat mungkin.

Tuesday, June 8, 2010

Hidupkan Balik 3 Bukhari

Salam ukhwah fillah abadan abada..

Apa khabar sume? Dah lame bebenor tak di'update blog ni.. Mesti boring ek.. Tulah, sape suruh takde orang nak jadi author blog ni.. Ingat, blog ni je lagi yang boleh satukan kite.. So, ana dah invite several friends untuk jadi author blog ni. Harap2 sudilah accept invitation tu. And kepada sape2 yang nak jadi blog author tp tak dapat invitation, silalah e-mail kat ana, surfsuffer@yahoo.com.. Harapnya ramailah orang yang nak memohon. Kalau boleh sume orang jadi author. Kalau tak boleh, at least setiap sekolah yang kita dipecahkan tu ada seorang author, boleh cerita camner keadaan kat sana.. Jadinya kalau memohon jadi author tu, bolehlah hidupkan blog ni semeriah-meriahnya.. Especially yang dekat2 and tak duduk hostel.. Lagilah dialu-alukan.. Yang jauh tu nak buat camner kan? Nak online kat sekolah bukannya senang, kene berebut dengan form 5. Yelah, diorang kan senior, kita kan adik2.. Adik kenalah mengalah dengan kakak.. Dahlah, malas nak layan. So, mintak tolonglah kepada yang sudi ye.. Pasal reunion tu, sape nak jadi MT nye? MT tu bolehlah buat perbincangan. Eloknya, MT tu majoritinya stayers lah, ok? Kalau tak ok, nak ajak kitorang pun, kitorang tak kisah. Insya ALLAH, kitorang boleh tolong..

p/s : dengar khabar tc ziela nak kahwin 9hb ni, congrats, barakallahu lakuma.. tak nak ajak kite ke??

Jazakumullahu Khairan Kasira